ALOR SETAR — Seorang wanita maut, manakala anak angkatnya cedera parah akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Taman Saga di sini tengah malam tadi.
Ung Siew Lin, 46, maut selepas mengalami cedera parah di kepala, perut dan lengan, manakala anak angkat perempuannya Chn”g Sheve Mei, 26, yang parah di kepala dilapor dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi, berkata, dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, Siew Lin yang juga ibu tunggal berada di rumah tersebut bersama empat anaknya termasuk Sheve Mei.
Suspek berusia yang berusi 54 tahun itu dikenali Siew Lin dan dipercayai datang ke rumah mangsa dengan memandu sebuah kereta sebelum melanggar bahagian depan rumah, katanya.
Lelaki tersebut kemudian bertindak membakar kereta Perodua Myvi milik mangsa yang diletakkan di depan rumah sebelum menyerang mangsa dan empat anaknya.
“Mangsa yang cedera parah berjaya diselamatkan orang awam namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Tiga anak kandung mangsa Wong Chew Ying, 26; Wong Hew Shen, 22 dan Wong Chew Wei, 21 mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di HSB.
Mohd Zakaria berkata polis berjaya memberkas suspek hasil bantuan jiran mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Motif kes dipercayai berpunca daripada masalah keluarga kerana suspek dikatakan sering datang ke rumah mangsa sejak berpisah dengan mangsa tiga tahun lepas,” katanya.
Kes tersebut turut mendapat perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk, Chor Chee Heung yang meluangkan masa melawat anak mangsa di HSB tengah hari tadi. — BERNAMA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar