Gambar Ekslusif Ana Rafali Bertudung (Comel!) | Sekalung tahniah diucapkan kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Kalau Berpacaran, Ana Rafali, yang bakal mengakhiri zaman anak daranya pada 25 February 2012 ini bersama pasangannya, Ahmad Aznaim Abdullah, 30. Lebih menarik lagi apabila Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, membuat persiapan awal dengan memakai tudung sebelum bernikah sekaligus tidak membebankan bakal suaminya itu dengan ‘dosa pertama’ di hari perkahwinan mereka nanti.
Apa yang cuba disampaikan dengan ‘dosa pertama’ itu adalah mengenai dosa isteri yang terpaksa ditanggung suami atas kecuaiannya mendidik pasangannya untuk menutup aurat. Menurut Islam, meskipun dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa setiap individu, termasuk isteri, bertanggungjawab terhadap dosa masing-masing, adalah berdosa kepada suaminya sekiranya membiarkan isterinya melanggar ketetapan syarak dan tidak melarangnya dari berbuat demikian. Ia termasuklah membiarkan isteri mendedahkan aurat (tidak memakai tudung) dikhalayak ramai di mana ia mampu menimbulkan fitnah dan tohmahan terhadap ‘masjid yang baru dibina’ mereka itu. Di bawah merupakan gambar comel Ana Rafali yang ber tudung. Semoga Ana Rafali boleh istiqamah dalam hijrahnya ini dan jodoh bersama bakal suami akan berpanjangan hingga ke syurga. InsyaAllah.
Sumber Gambar: Heppi My
sumber : Melayukini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar