CHENNAI – Seorang wanita hamil yang mahu ke Malaysia melahirkan bayinya di Lapangan Terbang Anna, di sini, selepas “berperang mulut” dengan petugas syarikat penerbangan yang tidak membenarkannya menaiki pesawat itu.
Bagaimanapun bayi Syhamala Sundari, 31, dilahirkan mati.Dalam kejadian semalam, wanita tersebut yang hamil tujuh bulan tidak dibenarkan menaiki penerbangan selama tiga jam menuju ke Kuala Lumpur atas faktor keselamatan, selepas dia gagal menunjukkan sijil perubatan yang membenarkannya berbuat demikian.
“Berlaku perang mulut antaranya dan petugas syarikat penerbangan sebelum wanita itu berasa sakit mahu bersalin dan cuba ke bilik air namun dia rebah. Wanita itu melahirkan anaknya di bilik air,” lapor akhbar tempatan, hari ini.
Wanita itu kini dirawat di sebuah pusat perubatan swasta dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Shymala dari Andhra Pradesh dilapor dalam perjalanan berjumpa suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur. – BERNAMA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar