Jumat, 29 Maret 2013
Tahniah : Irma Hasmie Selamat Lahirkan Putera Sulung
Tahniah : Irma Hasmie Selamat Lahirkan Putera Sulung | KUALA LUMPUR, 29 MAC 2013: Penantian pasangan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer untuk bergelar ibu dan bapa kepada cahayamata sulung telah tertunai pada hari ini, Jumaat bertarikh 29 Mac 2013. Irma telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 8.51 minit pagi, tadi dan berita gembira ini dikongsi suaminya di Twitter.
Antara lain Redza turut menyatakan perasaannya yang sayu apabila melihat bagaimana anaknya yang seberat 3.93kg itu selamat keluar daripada perut ibunya sambil mengucapkan SubhanAllah.
“Alhamdulillah..Kurniaan Allah dah selamat lahir 8.51am berat 3.93kg..Sayu hati nampak anak kua dr perut ibu..Subhanallah! Love @IRMA_HASMIE”
Suami kepada pelakon dan pengacara yang dikenali dengan senyuman yang murah itu turut memberitahu kondisi Irma pada ketika itu. Redza menyatakan bahawa Irma stabil dan berterima kasih kepada mereka yang memberi ucapan dan mendoakan isteri dan anaknya itu.
“Irma stabil…tq for the wishes! Im so excited to be a good daddy, hope he can be a good person…brsyukur & taat pd Allah & Rasulullah”
Keterujaan Redza juga nyata dapat dilihat apabila dia menyatakan perasaan dan harapannya untuk menjadi seorang bapa yang bagus dan berharap anak lelaki sulungnya itu juga akan menjadi orang yang baik-baik dan sentiasa bersyukur dan taat pada Allah dan Rasulullah.
Redza di akaun Instagram miliknya telah berbesar hati berkongsi kegembiraannya dengan menunjukkan wajah putera sulung dia dan Irma di laman sosial tersebut.
Terdahulu di Twitter juga Redza turut berkongsi perasaaan dan berharap hari ini akan menjadi hari yang indah buat dia dan Irma.
“Bismillahirahmanirahim..18 Jamadiul Awal 1434 Jumaat..Semoga hari yg indah bagi kami..Sayang @IRMA_HASMIE be strong, Allah wf u..Allahuakbar”
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini.
Murai
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar