Selasa, 26 Maret 2013

Duda Ditemui Mati Tergantung



Duda Ditemui Mati Tergantung | DUNGUN – “Sebaik tiba di rumah, saya memanggil namanya beberapa kali tetapi tidak ada jawapan. Apabila saya cuba buka pintu bilik, ia tertutup rapat.

“Saya terpaksa menggunakan sepenuh tenaga untuk menolak pintu, namun saya terkejut, sebaik pintu dibuka, saya lihat dia dalam keadaan tergantung,” kata Maznah Kasim, 54, ibu kepada Fauzi Mohd Rosli, 29, yang ditemui mati tergantung di rumahnya, dekat sini, tengah hari semalam.

Kejadian berkenaan disedari Maznah yang ketika itu pulang ke rumah untuk makan tengah hari sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat anak lelakinya itu.

Menurut Maznah yang ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun, tiada perubahan pelik ditunjukkan arwah cuma anak lelakinya itu dikatakan banyak berdiam diri sejak belakangan ini.

Maznah yang bekerja di sebuah kilang papan berdekatan berkata, arwah sebelum ini menghadapi krisis rumah tangga dan bercerai dengan isterinya setelah dikurniakan seorang anak yang kini berusia setahun.

“Saya benar-benar terkejut apabila mendapati dia mati dalam keadaan begitu. Saya melepaskan ikatan tali yang terjerut di leher bagi menyelamatkannya, namun dia sudah pun meninggal dunia,” kata Maznah.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia mendapat tahu daripada seorang rakan lain bahawa arwah yang bekerja sebagai pemandu jengkaut menceritakan kepada rakannya itu dia kini kecewa kerana putus cinta dengan seorang wanita.

“Dia tidak beritahu pula siapa wanita itu,” kata rakan arwah.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya. – Sinar Harian Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar