Kamis, 28 Maret 2013
Big Liar!!! ... Media Filipina The Philiphines Inquirer Memang Pembohong
Big Liar!!! ... Media Filipina The Philiphines Inquirer Memang Pembohong | Apa Motif Media Filipina Berbohong?
The Philippines Inquirer sejak beberapa minggu lalu menyiarkan laporan kononnya pihak keselamatan Malaysia telah bertindak kejam terhadap warga Filipina yang melarikan diri dari Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak apabila keganasan tercetus berikutan pencerobohan puak Sulu di Sabah.
Media tersebut turut memetik kenyataan beberapa pelarian yang menceritakan kononnya mereka telah diheret keluar rumah, ditendang dan dipukul oleh pihak keselamatan Malaysia. Kononnya juga, mereka telah dipaksa berlari sepantas mungkin atau mereka akan ditembak. Menurut laporan tersebut lagi, kononnya mereka yang mempunyai dokumen yang sah, termasuk MyKad juga turut menerima nasib yang sama, malah ada yang ditembak.
Sebagai rakyat Malaysia, atau warga luar yang pernah tinggal di Malaysia atau mereka benar-benar mengenali Malaysia, pasti tahu bahawa apa yang dilaporkan tersebut adalah fitnah belaka. Sifat kejam dan ganas bukanlah sifat rakyat Malaysia. Manakala pihak keselamatan negara pula telah diiktiraf antara terbaik di dunia,
iaitu professional, dedikasi dan prihatin. Malaysia sudah terkenal sebagai negara pengaman, bukan pengganas.
Bukan sekali Malaysia membantu dalam usaha keamanan di negara-negara lain yang berkrisis, malah berkali-kali sejak dahulu sehingga kini. Oleh itu, fitnah yang dilaporkan oleh media Filipina ini membuktikan apa yang kita syaki selama ini iaitu terdapatnya agenda yang lebih besar selain ‘merampas’ Sabah. Apatah lagi, apabila cerita-cerita kekejaman pihak keselamatan Malaysia ini pantas mendapat respon dari Human Rights Watch dan PBB.
Kepantasan kedua-dua pihak ini memberi maklumbalas amatlah ‘mengkagumkan’ memandangkan mereka masih belum berbuat apa-apa mengenai nasib Palestine, Rohingya mahupun Syria yang terbukti jauh lebih dahsyat. Namun, apa yang nak dihairankan dengan ‘minat’ Human Rights Watch dalam isu mengenai Malaysia
memandangkan organisasi itu telah lama mengambil sikap ‘tidak mesra’ dengan Malaysia dan secara terbuka membela orang2 tertentu atas alasan homoseksual merupakan hak asasi manusia.
PBB juga seperti yang diketahui hanyalah satu lagi organisasi yang sering ‘terpaksa’ menurut perintah kuasa besar yang didalangi Zionis. Jika tidak, tidak mungkin nasib Rohingya akan begitu buruk dan tidak mungkin Palestine masih menderita.
Kita sedia maklum kini bahawa tujuan musuh-musuh negara dan musuh Islam itu adalah untuk memastikan negara menjadi lemah dengan berlakunya pencerobohan dan keganasan. Dengan memahami motif di sebalik fitnah yang dilaporkan oleh Philippines Inquirer, maka rakyat Malaysia wajib berdiri teguh di belakang
kerajaan dan bukannya berpecah belah demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara ini.
Ketahuilah bahawa perancangan musuh hanya akan berjaya sepenuhnya jika kita turut membantu mereka dengan berpecah belah sesama sendiri sepertimana yang berlaku di negara-negara Arab. Namun, jika kita bersatu, memberi mandat yang kukuh kepada kerajaan, maka InsyaAllah, segala rancangan jahat mereka akan gagal sama sekali. Bersatu kita teguh, bercerai…maka kita bakal kehilangan nikmat yang dinikmati hari
ini.
sumber : VAT69 - perjuangan semalam
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar