Hari ini dah la lewat bangun,baju kerja lak belum bergosok lagi,makan belum lagi,masa sekarang dah pukul 8.45pagi,time masuk keje kul 9.00pagi.Dengan muka yang berseri-seri walaupun mandi kerbau,baju tak bergosok digagahkan juga untuk pergi kerja walaupun niat di hati nak je MC aku ari nie.Ambil kunci kereta pastu nak on enjin kereta,alamak.....kenapa tak leh hidup lak nie..tekanannnnnnnnn....
Pastinya ada semua pernah mengalami masalah seperti diatas kan?Kalau belum pernah pun mesti pernah terkena kes enjin tak dapat dihidupkan.Jadi untuk artikel kali ini,saya ingin kongsikan bersama ilmu dan punca kenapa berlakunya kes enjin yang tidak dapat dihidupkan,artikel ini ditulis berdasarkan kajian di internet dan berdasarkan pengalaman sendiri.
Punca utama kepada masalah ini adalah berpunca daripada bateri anda sendiri.Tahukah anda bateri kereta mempunyai dua kategori iaitu yang pertama bateri sel kering atau lebih dikenali dengan nama bateri free maintenance dan kedua bateri air atau bateri sel basah.
1.Bateri Sel Kering
Untuk penggunaan bateri jenis ini,kita cuma perlu memeriksa indicator yang dipaparkan pada bahagian atas bateri.Jika ianya berwarna hijau,masalah enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan bukanlah disebabkan olehnya dan bateri tersebut masih dalam keadaan ok sekiranya warna bertukar hitam,maka bateri anda sudah bermasalah dan perlu ditukar dengan bateri yang baru.
2.Bateri Sel Basah atau Bateri Air.
Untuk anda yang menggunakan bateri jenis nie,anda perlulah kerap memeriksa airnya dengan lebih kerap,sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan air bateri didalam tidak kering.Dan jika anda seorang yang rajin menjaga air bateri dan kerap periksa keadaan bateri jenis ini,ia sebenarnya boleh bertahan lebih dari 2 tahun.
Punca Masalah : Bagaimana Bateri Boleh Jadi Punca
Bagaimana masalah ini boleh berlaku?
Jangka hayat bateri kereta itu sendiri,sampai masanya ianya perlu diperiksa dan jika perlu ditukarkan dengan yang baru.Alternator juga merupakan punca kepada masalah ini,tahukan anda,tugas alternator adalah untuk mengecas bateri kereta anda.Sekiranya alternator kita bermasalah,hubungi yang pakar dengan segera.
Pastinya anda pernah terjumpa kes,terutamanya dikawasan perumahan dan di parking kereta,tuan kereta tiada tetapi lampu tidak dimatikan,Bila keadaan ini berlaku,kuasa bateri banyak digunakan untuk menyalakan lampu tersebut.Ini akan menjadikan bateri anda mula mengalami masalah kekeringan(bagi sel basah) dan seterusnya menyebabkan kerosakan.
nota : Jika anda semua ada pendapat lain sila nyatakan dibahagian komen.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar