Minggu, 02 September 2012

Marah Pada Blogger Plagiat(Copy Paste)?Cuba Cara Nie

 (Gambar ihsan dari Google)

Hari ini rajin pula saya blogwalking ke blog-blog otai,nak cakap terlalu otai xde la terlalu otai tapi jika nak dibandingkan dengan saya yang baru lahir di alam blogging nie..ibarat langit dan bumi,dalam banyak-banyak post yang saya baca,saya tertarik pada satu tajuk yang dihuraikan dalam blog anastasyea mengenai kemarahan blogger apabila isi kandungan blog diambil seratus peratus oleh blogger lain tanpa meninggalkan sebarang backlinks dan juga kredit.
Saya sokong luahan hati dan perasaan anda,tetapi mungkin saya sebagai baru dalam dunia blogging nie,belum pernah mempunyai pengalaman seperti ini,hasil buah fikiran saya selama berhari-hari,buat research sana sini diambil sesuka hati dan paling menyakitkan hati tidak memberikan sebarang kredit atau backlink kepada tuan asal.Bagi mengelakkan berlakunya kes hasil seni anda semua diambil sesuka hati ramai yang mengambil inisiatif seperti menggunakan java script yang menghalang right click dan sebagainya.
Pernahkan anda mendengar tynt,satu laman web yang menyediakan perkhidmatan auto backlink,SEO dan peningkatan trafik secara percuma ke blog anda?Tutorial kali ini akan mengajar step by step cara untuk mendaftar dan seterusnya memasang script ini ke dalam blog anda,ikuti langkah berikut.

1.Buka new tab browser dan taipkan http://www.tynt.com/.Perkhidmatan ini disediakan secara percuma,so kepada rakan-rakan sekalian,cepatlah mendaftar sementara ianya masih percuma.

2.Daftar akaun secara percuma dan seterusnya isikan maklumat yang diperlukan.
3.Salin kod java script seperti dibawah
4.Untuk memasang kod java script tersebut,seperti biasa login ke dalam akaun blogger>dashboard>Design.
5.Klik pada Edit HTML dan jangan lupa klik pada Expand Widget Templates (arahan untuk antaramuka lama Blogger).
6.Seterusnya dengan menggunakan keyboard,tekan CTRL + F(pintasan untuk menggunakan fungsi search) dan cari</head>.
7.Pastekan code java script yang anda copy tadi sebelum </head>.Seperti gambar dibawah
8.Klik preview dan jika tiada error,klik save.done

9.Untuk membuat ujian sama ada anda sudah berjaya memasang auto backlinks tadi,sila masukkan URL dari blog anda yang ingin diuji,fungsi ini anda boleh jumpa dibawah sekali di laman Tynt.
Sebagai contoh,link URL yang saya masukkan : http://mediasiber.blogspot.com/2012/09/berbakti-kepada-ibu-bapa-sama-nilainya.html.Jika berjaya,paparan berikut akan keluar
Nota : setelah memasang script tadi,blog anda kini bersedia untuk menerima serangan dari blogger yang suka copy paste kandungan blog dari orang lain,saya tidak menyokong sepenuhnya aktiviti copy paste ini tetapi seperi pandangan dari anastasyea,sharing is caring.Bila artikel anda orang lain copy dan diletakkan dalam  blog diorang,secara automatik anda juga akan memperolehi backlinks,SEO dan peningkatan trafik percuma.

Nota 2: Sebagai seorang blogger baru,saya juga ingin menjadi seorang blogger sejati dan akan cuba untuk tidak membuat aktiviti copy paste ini,kecuali akan menjadikan panduan jika ingin post artikel yang serupa dengan blog lain dengan tidak meminggirkan kredit asal kepada empunya artikel dan sumber.
Nota 3 : Saya amat berbesar hati andai kiranya artikel saya ini mendapat maklum balas dan komen dari rakan-rakan semua,saya masih baru dan tidak mempunyai rakan dalam arena blogger ini,tetapi kali ini saya menulis berdasarkan hobi dan bukannya sebab mengejar duit semata-mata,sebab jika mengejar duit,bila anda tidak perolehinya anda akan putus asa,tetapi kali ini saya nekad,walaupun tidak mendapat trafik yang tinggi,betulla kejayaan tidak akan sampai dalam sekelip mata dan saya juga ingin meminjam ayat dari blogger terkenal,abang nara buat blog ini ibarat mendulang emas.saya mohon kerjasama dan sokongan dari anda semua untuk terus berkarya,sehingga berjumpa lagi di artikel lain yang lebih berkualiti,salam

2 komentar:

  1. Menulislah dengan identiti diri anda sendiri. Setiap blogger ada keunikan yg hanya pembaca saja yg dpt menilainya ;)

    BalasHapus
  2. @ciklaili.com

    alhamdulillah..salah seorang dari blogger yang dijadikan sebagai blog rujukan telah memberi komen..rasa mcm bangga lak rasa..hehe..betul seperti apa yang ciklaili beritahu..sebelum nie maybe menulis blog secara tak ikhlas..sebab nampak duit je kat depan mata..tp lani..xkisah..xde trafik masuk n duit pn xpe..janji hati puas..lgpn dh umur nk masuk 30-an nie..rasanya masa untuk berblogging semakin tipis..kekangan masa kerja n bersama keluarga tercinta..walaupun rasa macam dh terlewat..tp nk jugak jadikan impian mempunyai blog yang disayangi menjadi satu kenyataan...

    BalasHapus