Minggu, 25 Agustus 2013

Panas : Rita Rudaini Kecam Kenyataan Aidil Zafuan,Nafi Berbohong..!


Panas : Rita Rudaini Kecam Kenyataan Aidil Zafuan,Nafi Berbohong..! - Nampaknya kemelut rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan terus hangat diperkatakan minggu ini apabila pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu mula membuat mulut dan membidas kenyataan bekas isterinya berhubung isu cetek agama minggu lalu.

Menurut Aidil, Rita Rudaini seorang pembohong dan hampir kenyataannya tidak boleh dipercayai. Tidak senang dengan tuduhan yang dilemparkan, pelakon wanita itu membidas kenyataan Aidil menerusi laporan Bipop minggu ini. Nada kenyataan balas Rita kedengaran marah dan kecewa.

“Saya berbohong? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa sebenarnya yang berbohong! Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa yang bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan Raya anak-anak? Kenapa ketika di Jepun baru nak SMS saya?”

“Saya tidak nafikan Aidil ada memberi nafkah tapi pada tahun ini sahaja baru setiap bulan bagi duit! Tahun lepas mana, sejak Januari? Mana bukti dan tolong tunjuk! Dia mempertikaikan tidak cukup? saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dahulu, saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya. Mana dia ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!”

Mengulas tentang nafkah yang diberikan Aidil untuk anak-anaknya, Rita mengakui ada menerima sejumlah RM500 setiap bulan namun katanya tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan mereka yang mahal.

“Hidupnya hanya bola dan makan. Mana dia ambil tahu pasal keperluan rumah dan anak-anak. Tapi saya jenis tak ambil kisah asalkan keluarga bahagia dan tidak bergaduh. Jangan nak nafikan hakikat itu, dia ini spesis manusia yang tidak kenang budi ketika tidak berduit dulu. Bila sudah senang lupa diri!”


10 komentar:

  1. Kalo dia x main bola mana nak dapat duit bagi nafkah..jangan lah berlagak sgt..cuba letak diri ko(rita) dalam situasi dia...

    BalasHapus
  2. Org akan lupa diri bila dah berjaya. .

    BalasHapus
  3. x paham ngan rita ni ari tu ckp x bg nafkah langsung.....ni kate ade plak tp x cukup....x paham btol la ngan dia ni dr zaman gaduh ngan lisdawati dulu

    BalasHapus
  4. Anonymous 11.58 a.m mcm org yg dekat ngan aidil jer.. Cube si suami tuplak letak diri dia kat tmpat rita... Dh cerai pun melalui sms.. X gentle langsung. Sepatutnya hal rumah tangga ni x perlu pun diheboh2 kan.. Si suami ni, mase nakkan isteri(rita), pandai plak bawa lari smpai thailand... Bile dh xnak, dicampak2... Brg2 pun mintak tengah yg pegi ambil...

    BalasHapus
  5. Hanya Allah sj yg taw. Mohon para peminat jgn nk poyo sgt ea.mslh dorg,biar le die settle kn

    BalasHapus
  6. Settle kat luar ler...x yah post, malu ler..!!!

    BalasHapus
  7. Cuba letakkan diri korang kat tmpt Rita... hati pompuan mana yg tak sakit klu diperlakukan macam tu. Si Aidil tu memang jantan xguna. Betul kata rita dia tu xlayak jadi suami n menantu pun. Klu aku jumpa si Aidil ni kat luar confirm aku ludah muka dia. Puii

    BalasHapus
  8. Anonymous saya setuju dengan artikel awak tu.... klu dia lelaki bertanggungjawab dia takkan buat rita cam tu..dahlah kawin lari..rita sanggip aje terima kejian org ttg perkahwinannya...tapi bila dah tak perlukan Rita dia buat org tu cam apa jer kan...weiii maruah tuuu....

    BalasHapus