Senin, 26 Agustus 2013
Rita Rudaini Nafi Berbohong Kepada Media
Rita Rudaini Nafi Berbohong Kepada Media |Masih lagi dengan kontroversi pasangan Rita dan Aidil Zakuan, terbaru Rita mengeluarkan dakwaan menerusi bipop untuk menafikan yang beliau berbohong ketika memberikan kenyataan kepada media.
“Tak payahlah Aidil nak tuduh saya memburukkannya. Keluarga dia pernah burukkan saya dalam akhbar, Twitter, dan Facebook. Siap panggil wartawan datang rumah buat sidang akhbar lagi. Saya terima. Tapi sampai bila? Saya juga manusia biasa, ada tahap kesabaran. Dulu setiap kali saya kena makin hamun dengan keluarganya, Aidil tidak pernah mempertahankan saya.”
“Saya berbohong? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa sebenarnya yang berbohong! Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa yang bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan Raya anak-anak? Kenapa ketika di Jepun baru nak SMS saya?”
“Saya tidak nafikan Aidil ada memberi nafkah tapi pada tahun ini sahaja baru setiap bulan bagi duit! Tahun lepas mana, sejak Januari? Mana bukti dan tolong tunjuk! Dia mempertikaikan tidak cukup? saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dahulu, saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya. Mana dia ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!”
Menurut Rita lagi, nafkah yang diberikan hanya RM500 dan jumlah tersebut tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan anak-anak yang mahal sekarang
“Hidupnya hanya bola dan makan. Mana dia ambil tahu pasal keperluan rumah dan anak-anak. Tapi saya jenis tak ambil kisah asalkan keluarga bahagia dan tidak bergaduh. Jangan nak nafikan hakikat itu, dia ini spesis manusia yang tidak kenang budi ketika tidak berduit dulu. Bila sudah senang lupa diri!”
Minggu, 25 Agustus 2013
(10 GAMBAR) Nadi Anaqi,Anak Sulung Zahiril Adzim & Shera Ayob Yang Comel
(10 GAMBAR) Nadi Anaqi,Anak Sulung Zahiril Adzim & Shera Ayob Yang Comel | Sebelum ini, pasangan suami isteri Zahiril Adzim dan Shera Ayob memang sangat jarang berkongsi gambar-gambar anak sulung mereka yang bernama Nadi Anaqi. Namun sejak kebelakangan, gambar si comel ini sering menghiasi akaun Instagram mereka berdua. Memang cute sangat-sangat anak mereka ini.
Usia Nadi Anaqi kini sudah pun mencecah 2 bulan. Sekali pandang, memang ada iras-iras Shera Ayob. Confirm besar hensem dan menjadi pujaan ramai wanita. Hehehe.
Semoga Nadi Anaqi membesar dengan sihat dan menjadi orang yang berjaya apabila dewasa kelak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar si comel ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Gambar Cun Adik Siti Saleha,Siti Rohana (5 GAMBAR)
Gambar Cun Adik Siti Saleha,Siti Rohana (5 GAMBAR) | Lagi 4 keping gambar dengan melihat entri ini sepenuhnya.
(Gambar) Separuh tubuh penyanyi Noorshila Amin terbakar dijilat api
(Gambar) Separuh tubuh penyanyi Noorshila Amin terbakar dijilat api | PETALING JAYA: Hampir seluruh bahagian kiri tubuh penyanyi Noorshila Amin disambar api berpunca daripada tong gas terbocor di kediaman anak sulungnya, Nurrul Admiena Norrizan di Kepong pada Sabtu lalu.
Noorshila, 49, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang itu membuatkan anggota kiri badannya termasuklah wajah, tangan dan kaki melecur.
"Ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor.
"Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Tambah Noorshila, dia terus ke sebuah klinik di Selayang bagi mendapatkan rawatan dan kejadian itu juga membuatkan dia terpaksa membatalkan undangan persembahan yang diadakan pada sebelah malamnya (hari yang sama).
Ditanya bagaimana keadaannya sekarang, Noorshila masih lagi sukar untuk menggerakkan bibirnya namun mengambil sikap positif dengan melakukan aktiviti harian dan bercakap seperti biasa.
"Kalau nak ikutkan memang rasa sakit sangat terutama pada bahagian bibir dan wajah yang semakin tegang gara-gara melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada.
"Apa-apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan," ujarnya.
Sementara itu, Noorshila berkata, kejadian yang telah berlaku memberikan pengajaran yang besar buatnya agar sentiasa berhati-hati dengan memeriksa tong gas dahulu sebelum memasak.
"Kita memang perlu berhati-hati dengan setiap perkara yang ingin dilakukan, termasuklah memeriksa tong gas sebelum memasak.
"Selain itu, ia juga sedikit sebanyak menginsafkan diri saya yang dapat merasai derita orang lain yang ada diantaranya, tubuh badan mereka terbakar lebih teruk daripada apa yang berlaku pada diri saya.
"Mujurlah api yang disambar tidak terlalu kuat. Kalau tidak, saya pun tak tahu apa akan jadi," ujarnya.
Dalam pada itu dia juga bersyukur kerana tidak berasa trauma dan hanya menjalankan rutin hariannya seperti biasa
Selain Admiena, 29, Noorshila turut mempunyai tiga orang anak iaitu Nurrul Nadia, 27, Mohd. Daniel Durrany, 20, dan Mohd. Banni Basyishar, 18.
Astagfirullah al azim! Suami Isteri Kongsi Tabiat Yang Buruk!
Ianya nampak seperti mengghairahkan, tapi apakah yang dilakukan oleh mereka yang bergelar suami isteri nih?
Lihat dibawah
sumber
SERAM! Misteri Bilik Hotel 202 Cherating..!
Gambar hiasan
Jadi dipendekkan cerita, semasa bos saya ingin menyusun jadual staf, saya telah meminta kepada bos saya untuk bekerja di shif malam memandangkan tiada sesiapa yang ingin bekerja di shif tersebut. Setelah seminggu saya bekerja di shif ini, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah kisah seram saya bermula pada suatu malam, sewaktu saya sibuk mengemas.. Saya menerima panggilan dari pelanggan (Room service). Waktu tu dalam pukul 4 pagi, saya hairan.. Masih ada yg belum tidur.. Dari skrin telefon, tertera nombor bilik bagi memudahkan pekerja menghantar pesanan.. Saya pun menjawab panggilan tersebut dan kedengaran suara perempuan.. Suaranya agak lemah.
Dia memesan burger dan segelas jus oren.. Tanpa berlengah saya memberi pesanan tersebut kepada kawan saya yang bekerja di bahagian dapur.. Setelah siap, saya menghantar pesanan tersebut.. Saya masih baru dan tidak hafal kedudukan bilik di hotel ini, setelah puas mencari, saya sampai di bilik tersebut.. Saya hairan mengapa pelanggan hotel ni menginap di bilik yg agak jauh dari bilik² yang lain.. Saya menekan loceng bilik beberapa kali, tetapi seperti tiada orang di dalam bilik tersebut..
Selepas beberapa kali saya cuba memanggil, saya mengambil keputusan pergi semula ke bahagian reception untuk meminta bantuan kawan saya menelefon nombor bilik tersebut.. Setelah memberitahu nombor bilik, kawan saya agak terkejut kerana berdasarkan rekod, tiada sesiapa yang menginap di bilik hotel tersebut pada malam itu.. Saya semak semula resit dan memang tertera nombor bilik hotel tersebut.. Tidak mungkin kesilapan sistem.. Muka kawan saya agak pucat dan menyuruh saya kembali ke restoran dan melupakan hal tersebut..
Pada keesokkan harinya, kawan saya yang bekerja di bahagian reception pada malam itu memberitahu kepada saya bahawa bilik tersebut memang agak sedikit ‘keras‘ dan itulah sebab mengapa staf di sini tidak suka bekerja di shif malam.. Dia memberitahu saya yang sebelum ini ada seorang perempuan telah membunuh diri di bilik tersebut dengan menjerut lehernya menggunakan kabel telefon dan perkara ini tidak dihebohkan bagi menjaga nama baik hotel tersebut.. Sejak dari kejadian itu, staf yang bekerja di shif malam sering diganggu dengan panggilan aneh dan misteri dari bilik hotel tersebut…
Kawan² saya sengaja tidak menceritakan hal tersebut kepada saya kerana risau saya akan takut bekerja di situ.. Alhamdulillah sepanjang 2 bulan saya bekerja di situ, hanya sekali itu sahaja saya diganggu.. Suara perempuan itu masih saya ingat sampai sekarang.. Dan untuk pengetahuan anda semua, bilik hotel itu bernombor “202″.
Cara Nak Tahu Lelaki Masih Teruna Atau Tidak
Cara Nak Tahu Lelaki Masih Teruna Atau Tidak - Memang sukar untuk mengetahui calon suami anda masih teruna atau tidak. Tentu anda ingin mengetahuinya ker‐ana anda mengharapkan suami yang berstatus sama seperti anda iaitu sama-sama mempunyai keperawanan.
Ini adalah rahsia untuk mengetahui apakah calon suami anda masih teruna atau tidak.
Bertanya Terus Anda boleh mengetahui status keper‐awanan suami anda dengan cara menanyakan terus dengan yang empun‐ya badan. Jika ia tulus sayang dengan anda, ia pasti akan berkata jujur tentang statusnya.
Keperawanan adalah perkara yang san‐gat peribadi. Ianya boleh menjadi harta yang paling berharga bagi mereka yang berjaya mempertahankannya hingga masanya berkahwin dan boleh saja menjadi aib jika mereka sudah tidak dara lagi. Oleh kerana itu, anda harus bertanya tentang keperawanan kepada suami anda dengan hati-hati. Jangan sampai soalan itu menyinggung perasaannya.
Dengan berdialog Menurut ilmu psikologi, seorang lelaki jika diajak untuk berbincang mengenai topik keperawanan akan terlihat jelas status kesuciannya dilihat dari cara dia dalam memberi respon perbincangan tersebut. Jika dia kelihatan sangat tertarik atau dia ingin sekali mendapatkan keteran‐gan terhadap topik yang sedang dibicarakan menandakan bahawa dia masih teruna namun sebaliknya jika dia menghindar atau mengalihkan perbin‐cangan dari topik yang sedang dibicarakan, kemungkinan dia sudah tidak teruna lagi atau dia mempunyai masalah dengan kesuciannya.
Sentuhan fizikal Seorang lelaki boleh disimpulkan masih teruna atau tidak dari kenalan fizikal pada masa berhubungan seks dengan pasangannya. Caranya adalah dilihat dari cara pemanasan sebelum melakukan hubungan suami isteri. Lelaki yang masih teruna akan keli‐hatan tegang kerana baginya ini adalah pertama kalinya dia berhubungan intim dengan pasangannya. Malah mungkin dia tidak tahu bagaimana cara berhubungan intim yang baik dan apa peranannya ketika berhubungan intim. Dia juga akan melakukan terpancut awal ketika melakukan penembusan awal.
Mudah terangsang Lelaki yang tidak teruna biasanya akan mudah terangsang dengan hal-hal yang berbau porno atau segala aktiviti yang berkaitan dengan sentuhan fizikal den‐gan lawan jenis.
Warna zakar Keperawanan dapat dikenalpasti dari warna zakar si lelaki. Jika kepala zakar berwarna merah / kemerah-merahan, maka lelaki tersebut dipastikan masih teruna namun jika kelenjar zakar berwarna gelap atau malah terdapat sedikit kecacatan pada warna gland zakar, maka lelaki tersebut tidak teruna kerana gland penisnya sudah sering terkena gesekan.
Air mani Lelaki yang sudah tidak teruna akan mudah terangsang dengan hal sentuhan atau perkataan yang membuat mereka menjadi lebih ghairah. Ketika mereka sedang terangsang secara automatik akan mengeluarkan air mani.
Panas : Rita Rudaini Kecam Kenyataan Aidil Zafuan,Nafi Berbohong..!
Panas : Rita Rudaini Kecam Kenyataan Aidil Zafuan,Nafi Berbohong..! - Nampaknya kemelut rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan terus hangat diperkatakan minggu ini apabila pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu mula membuat mulut dan membidas kenyataan bekas isterinya berhubung isu cetek agama minggu lalu.
Menurut Aidil, Rita Rudaini seorang pembohong dan hampir kenyataannya tidak boleh dipercayai. Tidak senang dengan tuduhan yang dilemparkan, pelakon wanita itu membidas kenyataan Aidil menerusi laporan Bipop minggu ini. Nada kenyataan balas Rita kedengaran marah dan kecewa.
“Saya berbohong? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu siapa sebenarnya yang berbohong! Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa yang bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan Raya anak-anak? Kenapa ketika di Jepun baru nak SMS saya?”
“Saya tidak nafikan Aidil ada memberi nafkah tapi pada tahun ini sahaja baru setiap bulan bagi duit! Tahun lepas mana, sejak Januari? Mana bukti dan tolong tunjuk! Dia mempertikaikan tidak cukup? saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dahulu, saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya. Mana dia ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!”
Mengulas tentang nafkah yang diberikan Aidil untuk anak-anaknya, Rita mengakui ada menerima sejumlah RM500 setiap bulan namun katanya tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan mereka yang mahal.
“Hidupnya hanya bola dan makan. Mana dia ambil tahu pasal keperluan rumah dan anak-anak. Tapi saya jenis tak ambil kisah asalkan keluarga bahagia dan tidak bergaduh. Jangan nak nafikan hakikat itu, dia ini spesis manusia yang tidak kenang budi ketika tidak berduit dulu. Bila sudah senang lupa diri!”
Sensasi : Punca Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Bergaduh..!
Sensasi : Punca Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Bergaduh..! | Sebelum ini timbul cerita tentang pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang dikatakan berselisih faham hingga pelakon wanita jelita itu merajuk panjang.
Menerusi Harian Metro, Zain Saidin tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik penyebaran cerita itu di laman maya. Katanya, memang berlaku selisih faham antara mereka hingga Rozita merajuk namun tidaklah seteruk sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media.
“Rozita seorang yang sensitif dan dia sentiasa mahu saya berada dekat dengannya. Kalau dia telefon, saya kena angkat. Sebagai kekasih, saya kena betul-betul jaga hatinya. Apa juga berlaku, biasanya kami akan berbincang dan selepas itu semua masalah akan selesai."
“Perkara itu bukan saja membabitkan diri Rozita tetapi juga saya. Sebagai lelaki, saya juga sukakan perhatian. Saya juga akui lelaki tidak suka dikongkong, tetapi saya tidak suka juga kalau kekasih hati lepas pandang begitu saja."
“Saya pula jenis tidak suka merajuk tetapi tidak dinafikan saya kuat cemburu. Apabila berdepan situasi seperti itu, saya harus bersikap matang dan menyedari perkara itu berlaku kerana kesibukan bekerja bagi mengumpul belanja untuk majlis perkahwinan.”
"Rozita kadangkala suka dia diberi perhatian dengan menjenguknya di lokasi. Namun kebelakangan ini, Zain akui dia terlalu sibuk dan tidak dapat melakukan perkara yang sering dilakukan terhadapnya."
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perselisihan faham dengan kekasih hatinya, Zain mengakui risau dan bimbang apabila saling berjauhan. Ini berikutan penyebaran banyak gosip cinta lokasi oleh media.
“Bagaimanapun, Rozita percayakan saya. Perkara itu tidak menjadi isu. Cuma ia berpunca kerana saya tidak dapat meluangkan lebih banyak masa untuknya. Rozita kalau merajuk pun sekejap. Bila dipujuk, hubungan cinta kami kembali seperti biasa."
“Memudahkan perjalanan hubungan cinta kami ini, kalau ada perkara berlaku, kami akan sama-sama duduk dan berbincang. Ibaratnya tiada rahsia antara kami. Kejujuran menjadi pengikat dan penguat kasih.”
Sabtu, 24 Agustus 2013
Ibu Kurung Anak Sakit Mental Dalam Gua Selama 30 Tahun!
Ibu Kurung Anak Sakit Mental Dalam Gua Selama 30 Tahun! | ujian – Selama 30 tahun Dong Hai telah dikurung di dalam `gua’ oleh ibu bapanya selepas dia menunjukkan tanda-tanda menghidap masalah mental ketika remaja pada 1983.
Kini, Dong Hai yang berusia 46 tahun, tidak lagi menjejak kaki keluar dari kurungan diperbuat daripada batu bata itu, kerana ibu bapanya bimbang dia mungkin akan mencederakan orang lain.
Kurungan seluas lima meter persegi itu dibina di belakang rumahnya dan semua makanan disalurkan kepadanya menerusi lubang yang ditebuk di dinding batu bata itu.
Jika ingin mandi, ibunya akan menyemburkan air melalui lubang berkenaan.
Bapanya, Dong Watou dan ibunya, Xiao Hong kini sudah berusia 70 tahun, mulai bimbang dengan keadaan anak mereka itu.
Mereka sebelum ini pernah merayu kepada pihak hospital untuk membantu anak tunggal mereka, namun ditolak oleh hospital.
Selepas semua simpanan mereka dibelanjakan untuk rawatan Dong Hai, ibu bapanya tiada pilihan lain kecuali menghentikan rawatan tersebut.
Dong Watou Xiao Hong kini bekerja kampung untuk menyara kehidupan.
Tahun lepas, Dong Watou berkerja sebagai pengawal di tapak pembinaan namun dia bernasib malang apabila dipukul oleh pemandu mabuk.
Kejadian itu menyebabkan dia tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat.
Subhanallah! Bayi Ini Lahir Dengan Rupa Yang Sangat Aneh (4 GAMBAR)
Subhanallah! Bayi Ini Lahir Dengan Rupa Yang Sangat Aneh (4 GAMBAR) | Kadang kala kita dihadapkan sebuah realiti kelahiran yang aneh yang ada di sekitar kita baik kelahiran yang dialami oleh binatang mahupun manusia.
Kelainan yang belaku pada kelahiran boleh disebabkan oleh banyak pekara seperti misalnya kelainan genetik ataupun akibat radiasi. Beberapa waktu yang lalu masyarakat Mesir dikejutkan satu kelahiran bayi laki-laki dengan struktur wajah yang aneh. Tidak banyak maklumat yang di perolehi dari kelahiran ini,apa pun kita harus bersyukur kerana di lahirkan dengan keadaan yang normal.
Pelakon Dayana Kamal Rentung Dalam Kemalangan Maut
Pelakon Dayana Kamal Rentung Dalam Kemalangan Maut | KOTA BAHARU: Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman atau nama komersialnya, Dayana Kamal, salah seorang daripada tiga yang rentung dalam kemalangan ngeri di km 2 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, Bunut Payung awal pagi semalam merupakan seorang pelakon filem dan drama.
Wan Nurdiyana, 22, pernah membintangi filem "Black Maria" dan beberapa drama tempatan iaitu "Rumah Itu Duniaku", "Sumaiyyah", "Raya Dengan Tok", "Selamat Tinggal Noni", "Ayah Kami" dan terbaru siri drama popular "Matahari".
Ayah Wan Nurdiyana, Mohd Kamarul Zaman Mohd Nor, 44, berkata arwah anak sulung daripada empat beradik itu kini masih bercuti Aidilfitri dan sedang menunggu tawaran baru untuk berlakon.
"Pada bulan puasa lalu, arwah mahu memakai tudung untuk penampilan baru dan seminggu sebelum kejadian, arwah membaca al-Quran yang menyebabkan ibunya, Wan Norhayati Ismail, 47, rasa sebak dan hairan.
"Ini merupakan petanda yang Wan Nurdiyana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di rumah datuk Wan Nurdiyana di Kampung Chempaka di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, selain Wan Nurdiyana yang terkorban, dua lagi adalah warga Amerika yang juga pekerja pelantar minyak di Terengganu Gonzalez Christopher, 30, dan Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dari Tanah Merah.
Pemandu kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Wan Nurdiyana pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan The Times, Nataza Muhamad dan bercerai dua tahun lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak perempuan Dayang Fatihah Amanda yang berusia empat tahun.
Jenazah Wan Nurdiyana dikebumikan petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Mata Pasir, Kampung Chempaka.
Lebih menyedihkan Mohd Kamarul Zaman, dua hari lagi genap setahun adik Wan Nurdiyana, Wan Ikmal Hisham, meninggal dunia juga kerana kemalangan jalan raya di Gua Musang.
"Hati mana tidak sedih kehilangan dua anak dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh dua tahun berturut-turut," katanya sayu.
Beliau berkata sehingga kini Dayang Fatihah Amanda masih tidak mengakui ibunya telah meninggal dunia kerana tidak percaya jenazah yang rentung itu adalah Wan Nurdiyana.
Bercerita sebelum kemalangan, beliau berkata Wan Nurdiyana telah keluar rumah untuk minum bersama rakan-rakannya di Hotel Renaissance di sini pada pukul 11 malam.
"Saya dimaklumkan mereka berempat keluar untuk makan sup belut yang saya sendiri tidak tahu sehinggalah dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh salah seorang keluarga pada pukul 1 petang semalam," katanya.
Ibu Allahyarham, Wan Norhayati berkata sebelum ini juga anaknya itu juga enggan mengenakan baju berwarna biru semasa sesi fotografi di Kuala Lumpur dan mahukan baju berwarna putih untuk dipakai.
"Hari terakhir bertemu Wan Nurdiyana seminggu sebelum ini dan tiga hari lalu dia meminta wang perbelanjaan," katanya yang menetap di Lembah Keramat bersama keluarga yang lain. BERNAMA
Jumat, 23 Agustus 2013
Rita Rudaini Tak Kisah Masyarakat Pandang Serong Kepadanya (3 GAMBAR)
Rita Rudaini Tak Kisah Masyarakat Pandang Serong Kepadanya (3 GAMBAR) | Susulan tuduhan kurang didikan agama terhadap bekas mertuanya, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dan mula memandang serong terhadap Rita Rudaini. Ada yang menggelar Rita sebagai “wanita bermulut jahat” kerana kata-katanya yang agak kasar. Namun buat Rita, dia tidak kisah sekiranya masyakat memandang seorng terhadap.
Menerusi Berita Harian hari ini, Rita Rudaini memaklumkan kebahagiaan rumahtangga yang dikecapinya hanya bertahan selama 9 bulan sahaja. Kata Rita:-
Sembilan bulan yang pertama memang kami cukup bahagia. Tetapi sejak keluarganya campur tangan, kami sering bergaduh. Jarang pergaduhan itu berpunca daripada masalah kami, tetapi datangnya daripada keluarga Aidil. Setiap kali selepas pulang menziarah keluarganya di Seremban, sikap Aidil pasti berubah. Ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan hingga setiap kali dia balik ke sana, tidak sedap jadinya hati saya.Macam mana dia hendak menjadi pemimpin yang baik jika hidupnya masih dikawal keluarga? Jadi, jangan kata Rita isteri yang tidak taat, jika dia sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada Rita dan anak-anak,
Biasalah tue kalau isteri tak balik sekali dengan suami, pasti si suami akan dinasihati oleh keluarganya. Menariknya Rita turut berkongsi pengalaman dirinya dihalau oleh keluarga Aidil ketika mengandungkan anak sulung. Kata Rita lagi:-
Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka.Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda
Tak Payah Biadap Nak GAMBAR TANPA PAKAIAN Aku, Kata Pelakon Ika Nabila kepada Peminat
Tak Payah Biadap Nak GAMBAR TANPA PAKAIAN Aku, Kata Pelakon Ika Nabila kepada Peminat | Sudah lumrah menjadi seorang artis, setiap foto mahupun video yang dimuat naik menerusi laman sosial pasti akan mendapat perhatian, kritikan, pujian serta respon daripada peminat-peminat.
Terbaru, seorang pelakon kecil molek, Ika Nabila difahamkan telah bercuti ke Thailand, di mana sepanjang berada di negara tersebut, pelakon wanita itu telah sempat memuat naik beberapa foto menariknya dilaman akaun Instagram untuk dikongsikan bersama pengikut-pengikutnya dilaman sosial tersebut.
Apa yang menariknya, dalam banyak-banyak foto yang dikongsikan itu, Ika telah memuat naik dua keping foto yang menunjukkan seekor anjing dan ikan-ikan di dasar laut dengan caption berbunyi :
Bagaimanapun OHBULAN! kurang pasti mengapakah pelakon wanita tersebut memuat naik status seperti itu.
Apakah mungkin foto-foto yang dikongsikan oleh Ika mendapat kritikan serta respon negatif daripada segelintir peminat-peminatnya di laman sosial tersebut? – Ohbulan
Sumber mynewshub
Sabtu, 17 Agustus 2013
Gambar Neelofa Jadi Bualan Hangat Di Instagram
Gambar Neelofa Jadi Bualan Hangat Di Instagram | Pelakon Neelofa dan Lana Nordin ibarat seperti pelanduk dua serupa apabila sering mendapat kritikan peminat gara-gara penampilan yang pelbagai dan seksi.
Terbaru, Neelofa menjadi perbualan hangat peminat lelakinya di Instagram kerana memuatnaik sekeping gambar sedang memeluk seorang lelaki berbaju oren. Ekoran itu, segelintir peminat yang berfikiran negatif melemparkan komen kritikan yang tidak tentu pasal. -Kartikal
Jumat, 16 Agustus 2013
Kisah Benar : Pengakuan Seorang Remaja Terlanjur Zina (VIDEO)
Gambar hiasan
Kisah Benar : Pengakuan Seorang Remaja Terlanjur Zina (VIDEO) | Ikuti kisah gadis ini bagaimana beliau boleh terjebak ke kancah Zina. Video ini dimuat naik sebagai pengajaran. Gadis ini telah bertaubat. Bersama kita berdoa moga beliau diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang mendatang. Moga jadi pedoman.Siapa Sofea Putih? Bergambar Tayang Alat Sulit Di Setiap Mercu Utama Singapura (10 GAMBAR)
Di negara kita, Sofea Putih telah mengejutkan orang ramai dengan gambarnya yang kurang kain. Di negara jiran pula, seorang gadis telah muat naik gambarnya berbogel di depan semua tempat tumpuan pelancong atau mercu utama Singapura tanpa rasa malu.
Pihak berkuasa masih mencari siapa gadis tersebut kerana rupa gadis tersebut telah dikaburkan dalam setiap gambar yang dimuat naik.
Read more: http://www.blogbahni.com/2013/08/wow-siapa-sofea-putih-bergambar-tayang.html#ixzz2cCRytSGA
Langganan:
Postingan (Atom)