Kamis, 04 April 2013

Aeril Zafrel : 'Ya, memang gambar saya di laman porno itu'


Foto-foto Aeril yang telah dimuat naik di sebuah lamab blog lucah.

'Ya, memang gambar saya di laman porno itu' | Dunia hiburan dikejutkan apabila gambar-gambar pelakon Aeril Zafrel yang tidak berbaju disebarkan di dalam blog lucah. Walaupun hanya memaparkan gambar Aeril yang tidak berbaju, pelakon ini menganggap penyebaran tersebut umpama menjatuhkan kerjayanya yang sedang berkembang.


Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata, gambar-gambar itu dirakamkan oleh rakannya beberapa tahun lalu termasuklah ketika dia belum berhijrah untuk menjadi individu yang lebih baik pada ketika ini.

"Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja.

"Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya.

"Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu," katanya yang dihubungi mStar Online petang Khamis.



Tambah Aeril, dia berharap agar penyebar foto-fotonya itu mendapat hidayah dengan segera agar tidak melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah tersebut.

Dalam pada itu Aeril juga mengakui sejak membuat pengakuan umum mengenai penghijrahan diri, ada segelintir pihak yang cuba memfitnah dia dengan pelbagai cara.

"Saya bersedia dengan segala kontroversi dan fitnah yang bakal muncul nanti.

"Yang penting, selagi saya bersama Allah, Dia akan melindungi saya walau apa sekalipun orang ingin memburukkan saya.

"Mungkin apa yang telah berlaku itu Allah mahu tunjukkan hikmahnya,' ujar Aeril.

Dalam perkembangan lain, Aeril kini sibuk dengan penggambaran telefilem Mungkin Itu Kasihmu yang bakal disiarkan di RTM dan Hafiz Tahfiz menerusi TV AlHijrah.-mstar online




11 komentar:

  1. Dia tk telanjang pn cuma tk tutup aurat jer... tp bila artis perempuan tk tutup aurat takder pulak org sibuk... dunia2..

    BalasHapus
  2. Alah dkt luar lg dasyat anak2 dare yg x berape nak dare ok je pakai sluar pendek sampai nampak celah kangkang...nape xnanpak pelik xp kawan kte ni bkak bju je..2 pun sb dlm laman lch..trus d heboh kan...x pe pun nise your body..aku pun nak body mcm 2 jgak lah...aku nak jalan stu city..biar org tngk and dpt x publisti murah hahaha...ini sume poyo..nampak same xp nak diaπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

    BalasHapus
  3. support la aeril yang nak berubah ...

    BalasHapus
  4. relax la y'all... buka baju je pun... takan la nak mandi kolam , nak gi sauna pun kena pakai jeans dan bju? omg.. mentaliti dan gosip yg sangat x professional..

    BalasHapus
  5. ayah aku mcm ni je pkai kt umah kalo nk gi mandi..rilek je

    BalasHapus
  6. no komen..no komen..*ehh, mcm aq lak artisnye..

    BalasHapus
  7. bukan bogel pn.. bezanye die artis mudah dapat perhatian org ramai..

    BalasHapus
  8. asal org laki pakai x ckup kain je kecoh smua nak kutuk. org ppuan bsepah2 x ckup kain xde sapa pon nak bising. lagi nak puji cantik ade la

    BalasHapus
  9. Kat kolam mandi banyak lagi gambar mcm ni bleh ambik...

    BalasHapus
  10. klu betul pon pic ni dlm website porno jgn la aibkan dia. dia da berhijrah. org yg cuba aibkan dia akan dpt dosa. cth: astro. sudah2 la tygkn cita aku masih dara, diana amir da berhijrah

    BalasHapus