maaf jika tajuk agak kurang selesa bagi anda para wanita jika membacanya..tapi hati ini tidak dapat terima penderaan terhadap seorang bayi yang masih kecil,apa salah bayi ini sampai dibuat sedemikian rupa..even dia buat salah pn.,.dia tidak tahu apa-apa2..yang kita dewasa nie yang bertindak macam seorang yang sewel tue kenapa?apa komen anda?
Rabu, 09 Mei 2012
Sabtu, 05 Mei 2012
Tolong cari anak saya
Itu kata-kata dari seorang emak yang anaknya lari dari rumah..atas sebab apa..wallahualam..
yang penting..kita sebagai blogger tolonglah sama2 sebarkan berita ini..sila war-warkan kepada semua..
yang penting..kita sebagai blogger tolonglah sama2 sebarkan berita ini..sila war-warkan kepada semua..
Izzam Syafiq liar dalam Chow Kit
'MAK-MAK jangan mainlah brother.' Cukup dengan sekadar sepotong dialognya menerusi video promosi filem Chow Kit yang kerap tersiar di kaca televisyen, wajah remaja belasan tahun ini kuat mendesak perasaan ingin tahu. Sifat semula jadi, lakonan bersahaja dan bersilih emosi menerusi Chow Kit juga segera memberi petunjuk, seorang pelakon generasi baharu sedang dilahirkan.
Di luar set, Mohamad Izzam Syafiq, 14, agak pendiam, dia ketara berbeza berbanding lakonan yang meninggalkan kesan menerusi filem arahan Dhojee dan Brando Lee itu. Pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Bukit Idaman, Selayang itu juga tidak lahir dari keluarga seni dan Chow Kit satu-satunya naskhah yang menjadi titik mula permulaan buatnya.
"Ini merupakan kali pertama saya berlakon dan saya berasa sangat teruja untuk berlakon dengan pelakon-pelakon hebat seperti Beto Kusyairi, Dira Abu Zahar dan Namron. Sudah tentu saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menonjolkan bakat yang ada," katanya yang hanya mahu dibahasakan Ijam.
Melakonkan watak Ajik, remaja yang menjadikan lorong-lorong gelap di Jalan Chow Kit sebagai kehidupan, jelas Syafiq, dia mulanya agak kekok untuk bermaian karakter Ajik.
"Ajik sangat bertentangan sifat saya. Ajik seorang yang anak yang liar, kaki pukul, samseng dan suka mencarut. Saya pula lebih gemar menyendiri, tidak banyak cakap dan pemalu.
"Mula-mula, saya memang takut dan menggeletar bila diminta beraksi depan kamera, tapi lama-lama ia jadi pengalaman yang sangat seronok. Saya sendiri dapat rasakan pergolakan yang sedang dilalui oleh Ajik.
"Apabila kawan baik Ajik, Tika dirogol oleh Mat Pyius, sebagai kawannya, saya (Ajik) berasa sangat terkilan dan mahu menuntut bela," kata Syafiq yang berterima kasih kepada dua pengarah filem itu, Dhojee dan Brando Lee yang memberikan tunjuk ajar sehingga Ajik terpacul daripada raut wajahnya.
Selain Syafiq, filem yang ditayangkan sejak 3 Mei itu turut memperkenalkan tiga lagi pelakon cilik berbakat besar, Nur Nadzirah Rosi, Muhamad Izzam Izzudin dan Muzhaffar Shah Hazhar.
sumber : kosmo
(17 GAMBAR)Majlis Pernikahan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya
Untuk peminat Awal dan Scha, Abang Nara bawakan kepada anda 17 keping lagi gambar sekitar majlis pernikahan mereka yang telah berlangsung semalam. Nantikan gambar majlis malam berinai besar dengan pakaian serba hijau tidak lama lagi.
Lagi 16 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography dan Beautifulnara.com
Lagi 16 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography dan Beautifulnara.com
Rakan sekerja dicekup khalwat
AMPANG- Seorang lelaki yang dipercayai tidak pulang sejak tiga bulan lalu ditangkap khalwat bersama kekasihnya dalam serbuan di Taman Chempaka, di sini, awal pagi semalam.
Serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah kira-kira 1 pagi berjaya menahan lelaki berusia 27 tahun dan seorang perempuan, 22 tahun yang dipercayai tinggal bersama di rumah sewa berkenaan.
Ketika ditahan, perempuan itu memberi alasan tiada pilihan untuk tinggal di tempat lain menyebabkan dia tinggal bersama rakan sekerja yang berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta itu.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai lelaki dan wanita berkenaan tinggal serumah sehingga menimbulkan keraguan penduduk.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang perempuan berpakaian lengkap di dalam bilik,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, lelaki berkenaan sudah berkahwin dan tidak pulang ke rumah isterinya sejak tiga bulan lalu, manakala pasangannya masih bujang.
“Difahamkan lelaki berkenaan mengenali teman wanitanya itu sejak setahun yang lalu. Dia juga dipercayai tidak memberi nafkah kepada isterinya.
"Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995 dan jika disabit kesalahan kedua-duanya boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Detik Cemas Hampir Dimakan Cheetah
Percutian indah seorang wanita British Violet D’Mello di sebuah safari Afrika hampir bertukar menjadi igaun buruk dia hampir maut diserang seekor cheetah.Wanita yang berusia 60 tahun itu cedera selepas diserang cheetah ketika suaminya sedang mengambil gambar dia bersama cheetah berkenaan.Dia bernasib baik kerana tidak kehilangan matanya akibat serangan tersebut.Namun pengurus di safari berkenaan berkata cheetah itu sedang berfikir aksi sedemikian menggambarkan cheetah itu berfikir itu adalah saat dia bermain dan bukanlah aksi ganas.
sumber : http://zulcomz.blogspot.com/
Wanita meninggal manakala kekasih nyawa-nyawa ikan dalam kereta
Mengaibkan dan memalukan. – Itu yang admin mampu katakan tentang kejadian yang menimpa sepasang kekasih di Kilometer 10, Jalan Pontian Lama 29 April 2012. Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan punca sebenar kematian berkenaan masih dijalankan.
“Mangsa merupakan wanita berusia 20-an dan telah ditemui mati di dalam kereta bersama pasangannya.
“Bagaimanapun pasangannya berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan lanjut,”
Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.
Pada pendapat admin, pasangan ini bermadu asmara di dalam kereta yang tertutup rapat dan membuka penghawa dingin pada masa yang lama. Dah kebanyakkan kes, kematian akibat keracunan karbon dioksida dan kekurangan oksigen paling kerap melibatkan kereta. Semoga menjadi iktibar dan teladan kita semua.
(6 GAMBAR)Cara Pengemis Membuat Luka Palsu
Kadangkala melihat pengemis di tepi jalan, terlihat mereka dengan luka-luka yang nampak agak teruk. Tak tahu juga bagaimana mereka mendapat luka tersebut, tetapi yang nyata, bila kita melihat keadaan begitu kita mudah berasa simpati. Dan simpati inilah yang dipancing oleh pihak yang mengambil kesempatan, malas berusaha sebaliknya mempergunakan simpati orang ramai untuk mengaut untung. Buat pengetahuan anda, dengan sedikit bahan seperti gam dan kosmetik, agak mudah juga menghasilkan luka palsu.
Macam-macam cara dibuat oleh orang untuk mencari rezeki mudah. Semoga kita dijauhkan dari gejala ini.
Macam-macam cara dibuat oleh orang untuk mencari rezeki mudah. Semoga kita dijauhkan dari gejala ini.
Harta Zuckerberg Dijangka Berjumlah RM54b
Harta Zuckerberg Dijangka Berjumlah RM54b
SAN FRANCISCO – Mark Zuckerberg akan menjadi antara orang paling kaya di dunia dengan harta berjumlah RM54 bilion apabila saham Facebook diapungkan di pasaran saham 18 Mei ini.
Pengasas laman sosial berusia 27 tahun itu akan bernilai lebih tinggi berbanding pesaing teknologi lain, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Balmer yang berusia 56 tahun, dua kali ganda usia Zuckerberg, menurut dokumen yang difailkan oleh Facebook pada pihak berkuasa kewangan Amerika Syarikat.
Beliau juga akan lebih kaya daripada Michael Dell, 47, dan bilionair keluli Russia, Vladimir Lisin, 55.
Zuckerberg yang akan memegang jawatan CEO juga akan mengekalkan kira-kira 58 peratus kuasa mengundi syarikat.
Saham Facebook ditetapkan antara RM84 hingga RM105 untuk diapungkan membolehkan syarikat itu dinilaikan pada RM238 bilion, pengapungan tertinggi dalam sejarah Silicon Valley.
Pelabur dijangka berebut untuk mendapatkan saham itu, walaupun sebahagian mereka menyuarakan kebimbangan mengenai pertumbuhan jangka panjang rangkaian sosial berkenaan Sambutan terhadap saham Facebook dijangka tinggi bukan setakat kerana jumlah wang yang akan dihasilkan tetapi ia sendiri adalah amat popular.
Rangkaian sosial online itu mempunyai 900 juta pengguna di seluruh dunia. – DM
11 Artis Asia Yang Popular Di Hollywood
Michelle Yeoh
Kelahiran Perak . .
Jet Li
Chow Yun-Fat
Gong Li
Daniel Henney
Aishwarya Rai
Christine Hakim
Rain
Zhang Ziyi
Jackie Chan
Langganan:
Postingan (Atom)